+(6) 07 – 5537893 ( Office ) graduate@utm.my

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG

TERMA DAN TAKRIFAN

  1. Biasiswa kerajaan Malaysia yang paling berprestij
  2. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memberi peluang melanjutkan pengajian peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang secara sepenuh masa di IPT Dalam dan Luar Negara.Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka
  1. Kriteria utama:
    1. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
    2. Prestasi semasa temuduga.
  2. Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
    3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
    4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
    5. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
    6. Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.