+6019-7545626 ( Office ) graduate@utm.my
Syarat Am Permohonan:
  • Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor.
  • Permohonan terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja.
  • Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
  • Baki pengajian semasa memohon hendaklah sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih.
  • Pengajian mestilah sepenuh masa.
  • Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama.

 

Syarat Khusus Akademik:
  1. Peringkat Ijazah Sarjana (Master)
    Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara
  2. Peringkat Doktor Falsafah (PhD)
    Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara

 

Bidang Tajaan:
  • Sains Tulen
  • Sains Sosial
  • Kejuruteraan
  • Sains Kesihatan
  • Sastera