+607-5537876 ( Office ) graduate@utm.my

Salam Sejahtera,

Salam UTM Sanjungan Bangsa.

 

Dimaklumkan mulai sem 1 sesi 2018/2019 (September 2018) panel bank PTPTN UTM  telah bertukar daripada CIMB Bank Berhad kepada Bank Islam Malaysia Berhad seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat JPU Bil 26/2017.

 

2. Bagi pelajar tajaan Pinjaman PTPTN yang tiada akaun di Bank Islam Malaysi Berhad, akaun pelajar  telah didaftarkan secara pukal (bulk) oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad atas pemohonan pihak UTM.

 

3. Sehubungan dengan itu semua pelajar dibawah tajaan PTPTN diminta untuk ke Bank Islam Malaysia Berhad di cawangan berdekatan bermula pada 13 Ogos 2018, untuk mengesahkan biometrics dan memungut kad ATM bagi kelancaran bayaran PTPTN kepada pelajar.  Para pelajar dinasihatkan supaya mengaktifkan akaun bank masing-masing sebelum semester 1 Sesi 2018/19 bagi memastikan kelancaran proses pembayaran pembiayaan pendidikan PTPTN.

 

Pelajar hanya  perlu membawa:

– Kad Pengenalan

– Kad Matrik UTM

 

Penukaran panel bank PTPTN kepada Bank Islam Malaysia Berhad adalah seiring dengan hasrat Universiti untuk menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada pelajar terutamanya kelancaran pembayaran PTPTN.

Sekian, harap maklum.