Opening Remarks by Mohd Syamsul, President of PGSS UTM 2020/2021

Covid19 has made an enormous impact on us as postgraduate students. The term “new norms” has become a routine in undergoing a daily life process that has turned close to 360 degrees. We started using online learning and online supervision methods despite the constraints that we had to face. Indeed, it is not easy to adapt to this new norm, but that is the challenge and responsibility that a student should face.

For your information, PGSS UTM is an organization focused on the diversity of UTM postgraduate students’ well-being, generally attended by the UTM School of Graduate Studies (SPS).  All postgraduate students who are currently studying in UTM is automatically a member of PGSS UTM.

This year, our UTM PGSS team came from various capable and experienced backgrounds. We will work closely to assist and become the intermediary voices on academic issues and welfare among postgraduate students and UTM. We also want to help you improve your skills and knowledge through self-involvement in programs that will be organized either online or face to face. Some programs are academics, that is, writing workshops, academic conferences, and seminars. Simultaneously, there are also diverse co-curricular programs such as sports, corporate social responsibility, and others.

With that in turn, together, we make the journey as a postgraduate student something beneficial and worthwhile. Experiences we gathered throughout this academic journey will be leveraged back to our families, communities, and countries

Ucapan Aluan dari Mohd Syamsul, Presiden PGSS UTM 2020/2021

Covid19 telah memberikan impak yang besar dalam diri kita sebagai seorang pelajar pascasiswazah. Terma “norma baharu” menjadi satu rutin dalam menjalani proses kehidupan seharian yang telah bertukar hampir kepada 360 darjah. Kita mula menggunakan kaedah pembelajaran secara diatas talian walaupun terdapat kekangan yang terpaksa dihadapi. Memang benar ianya bukan mudah untuk mengadaptasi norma baharu ini, namun itulah cabaran dan tanggungjawab yang perlu dihadapi sebagai seorang pelajar.

Untuk pengetahuan, PGSS UTM merupakan sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada kepelbagaian kesejahteraan pelajar pascasiswazah UTM secara am yang dinaungi oleh pihak Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UTM.  Dan, secara automatik, ahli PGSS UTM merupakan para pelajar pascasiswazah yang sedang mengikuti pengajian di UTM.

Sehubungan itu, untuk tahun ini, pasukan PGSS UTM yang datang dari pelbagai latarbelakang yang utuh dan berpengalaman akan bekerjasama erat untuk membantu dan menjadi pengantara suara berkaitan isu akademik dan juga kebajikan diantara pelajar pascasiswazah dan juga pihak UTM. Dan, kami juga ingin membantu anda untuk meningkatkan kemahiran dan juga pengetahuan sebagai seorang pelajar pascasiswazah melalui penglibatan diri didalam program-program yang bakal dianjurkan samaada secara atas talian atau bersemuka. Diantara program-program tersebut seperti program yang menjurus kepada ilmiah iaitu bengkel penulisan, persidangan akademik dan juga seminar. Terdapat juga program-program kokurikulum yang pelbagai seperti kesukanan, tanggungjawab sosial korporat dan lain-lain.

Dengan itu, bersama-sama kita menjadikan perjalanan kehidupan sebagai seorang pelajar pascasiswazah sesuatu yang bermanfaat dan bernilai. Dimana pengalaman yang dikecapi sepanjang perjalanan ini akan dapat dimanfaatkan kembali kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Mohd Syamsul Hj Hassan
diwaniparsi@gmail.com