Ucapan Aluan Presiden PGSS UTM 2020

Kehidupan seorang pelajar pascasiswazah tidak hanya tertakluk kepada akademik semata-mata. Perjalanan kehidupan sebagai seorang mahasiswa pascasiswazah memerlukan lebih daripada sekadar tertumpu kepada pengajian dan penyelidikan. Di PGSS UTM, pasukan kami berganding bahu membantu dan memacu semua pelajar pascasiswazah dari aspek akademik, sahsiah, dan pembangunan modal insan. Kesemua pelajar pascasiswazah yang sedang mengikuti pengajian di UTM adalah secara automatik menjadi ahli PGSS UTM. Oleh itu, semua pelajar pascasiswazah haruslah memainkan peranan dan cakna dalam penglibatan ini.

PGSS UTM berperanan sebagai sebuah organisasi yang tertumpu kepada kesejahteraan pelajar pascasiswazah UTM secara amnya. Kami mewakili semua suara pelajar pascasiswazah dan bertindak sebagai pemudahcara bagi segala isu berkaitan akademik dan kebajikan dinaungi pihak Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UTM.

Pasukan kami yang terdiri daripada pelbagai bidang dan latarbelakang menjadikan PGSS UTM sebuah organisasi yang unggul dan mempunyai pelbagai kekuatan. Sepanjang tempoh pelantikan ini, kami akan membantu anda meningkatkan potensi diri meliputi semua elemen-elemen penting sebagai pelajar pascasiswazah melalui penganjuran program-program yang bermanfaat. Antaranya, program bersifat ilmiah seperti persidangan akademik, bengkel dan seminar, dan juga aktiviti kokurikulum yang pelbagai seperti program tanggungjawab sosial korporat, aktiviti alam sekitar, dan sukan. Justeru, jadikanlah perjalanan hidup sebagai pelajar pascasiswazah sesuatu yang menarik dan berimpak tinggi kepada diri, keluarga, dan masyarakat.

Remarks by PGSS UTM 2020 President

The journey of postgraduates is beyond academic achievement and researches. PGSS UTM is committed in togetherness to assist and drive the postgraduates in every important aspects of academics, moral, and the development of human capital. All of registered postgraduates are automatically a member of PGSS UTM. Therefore, postgraduates should be actively involved and activate the role as a postgraduate student.

Our team is entitled to accommodate on the welfare of postgraduates of UTM in general. We represent and translate the opinions and views of our colleagues in regards to the academic and welfare matters with the support of School of Graduate Studies (SPS) UTM.

The diverse and sturdy academic backgrounds and research expertise have made PGSS UTM a well-established organisation. In this term, we will assist the students to enhance self-potential, which revolve around important elements of being a postgraduate student. Academic programs and events, and co-curricular activities will be coordinated to satisfy these elements. Lastly, create interesting and impactful memories along the way so in the end, a holistic postgraduate can be moulded for the best of self-satisfaction, family and society.