Syarat Am Permohonan:
- Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor.
- Permohonan terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja.
- Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
- Baki pengajian semasa memohon hendaklah sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih.
- Pengajian mestilah sepenuh masa.
- Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama.
Syarat Khusus Akademik:
- Peringkat Ijazah Sarjana (Master)
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara - Peringkat Doktor Falsafah (PhD)
Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara
Bidang Tajaan:
- Sains Tulen
- Sains Sosial
- Kejuruteraan
- Sains Kesihatan
- Sastera
