Soalan Lazim

Sekolah Pengajian Siswazah UTM bagi Semester II 2019/2020

 

Frequently Asked Questions

School of Graduate Studies UTM for Semester II 2019/2020 

A.    International Graduate Conference of Engineering, Science and Humanities (IGCESH 2020)

1. Berdasarkan situasi semasa berkaitan wabak Covid 19, adakah International Graduate Conference of Engineering, Science and Humanities (IGCESH 2020) akan diteruskan seperti yang dirancang?

Ya.  Ianya akan diteruskan seperti yang dirancang iaitu pada 18-19 Ogos 2020.  Namun, mengambil kira tentang keselamatan dan kesulitan untuk hadir ke tempat persidangan, Pembentangan secara Maya akan dilaksanakan untuk semua pembentang.

Based on the current situation of Covid 19 outbreak, will International Graduate Conference on Engineering, Science and Humanities (IGCESH 2020) proceeded as planned?

Yes, it will be proceeded as planned which is on 18-19th August 2020.  In consideration of the safety and limitation of travelling, Virtual Presentation is introduced to all presenters.

 

2. Adakah sebarang tempoh pelanjutan bagi penghantaran Extended Abstract?

Ya, tempoh penghantaran Extended Abstract telah dilanjutkan ke 15 April 2020.

Will the Extended Abstract submission extended?

Yes, the submission of Extended Abstract is extended to 15th April 2020.

 

3. Bagaimana pula dengan yuran penyertaan? Adakah terdapat sebarang diskaun istimewa?

Ya, terdapat diskaun istimewa yang ditawarkan seperti berikut :

 

 

Yuran Lama

(RM)

Yuran Baharu (RM) Nota
Peserta Terawal (UTM) 380.00 330.00 Diskaun sebanyak RM50.00
Peserta Biasa (UTM) 430.00 380.00 Diskaun sebanyak RM50.00
Peserta Terawal (Bukan UTM) 430.00 380.00 Diskaun sebanyak RM50.00
Peserta Biasa (Bukan UTM) 480.00 430.00 Diskaun sebanyak RM50.00
Antarabangsa (Dari Luar Malaysia) USD 150.00 USD 120.00 Diskaun sebanyak USD30.00

 

How about the participation fee?  Is there any special discount?

Yes, there’s a special discount offered as below:

 

  Previous Fees (RM) New Fees (RM) Note
Early Birds (UTM) 380.00 330.00 Discount RM50
Regular (UTM) 430.00 380.00 Discount RM50
Early Birds (Non UTM) 430.00 380.00 Discount RM50
Regular (Non UTM) 480.00 430.00 Discount RM50
International (Outside Malaysia) USD 150.00 USD 120.00 Discount USD30

 

4. Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat yang lengkap berkaitan IGCESH 2020?

Untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dan terkini, boleh layari : sps.utm.my/igcesh2020

How do I get further details about IGCESH 2020?

To get further and updated details, please browse: sps.utm.my/igcesh2020

 

5. Adakah pelajar ZAMALAH diwajibkan untuk menyertai IGCESH 2020?

Tidak. Walaubagaimanapun, pelajar ZAMALAH adalah digalakkan untuk menyertai persidangan tersebut.

Do ZAMALAH students are compulsory to join IGCESH 2020?

No. However, ZAMALAH students are encouraged to join the conference.

 

B.    Aktiviti Pelajar/Student’s Activity

6. Adakah pertandingan 3MT akan berjalan seperti biasa?

Tidak, Pertandingan 3MT peringkat UTM dan Kebangsaan DIBATALKAN.

Is 3MT Competition going as usual?

No, 3MT Competition is CANCELLED at UTM and National level.

 

C.    Persatuan Pelajar Pascasiswazah/Post Graduate Student Society (PGSS)

 7. Sekiranya saya ingin menangguhkan semester II 2019/2020, adakah saya perlu meletak jawatan dalam PGSS UTM dan PGSS Fakulti?

Tidak perlu. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar menghadapi masalah untuk memberikan komitmen, pelajar boleh menghantar notis meletak jawatan.

 If I want to defer semester II 2019/2020, do I have to resign from PGSS UTM and PGSS Faculty?

Not necessarily. However, if you have problem to commit, you may submit the notice of resignation.

 

 D. Penangguhan/Deferment

 8. Bagi pelajar yang telah membayar yuran viva namun sesi viva tersebut ditangguh ke semester hadapan, adakah mereka perlu membayar semula yuran tersebut?

Tidak.  Yuran viva hanya perlu dibayar sekali untuk 1 viva.  Jika perlu viva semula, tambahan yuran akan dikenakan.

Those who already paid viva fees but the viva is carry forwarded to the next sem, do they have to pay again?

No. The viva fee need to be paid once per viva. If need to re-viva, the additional fees will apply.

 

9. Adakah semua pelajar layak untuk memohon memohon pengecualian/pengurangan bayaran yuran?

Tiada pengecualian/pengurangan yuran pengajian bagi pelajar yang melebihi tempoh lazim pengajian (6 semester) mulai pelajar baharu ambilan Semester II, Sesi 2016/2017

 Do all students eligible to apply for fees exemption and reduction?

No exemption/reduction of tuition fees will be given to students who have exceeded the normal student duration (6 semester) beginning with the new intake of Semester II 2016/2017

 

10. Saya bercadang untuk menghantar tesis pada semester ini, adakah saya masih perlu menangguh pengajian?

Pelajar Doktor Falsafah yang berada pada semester 16/16, pelajar Sarjana Penyelidikan yang berada pada semester 8/8 dan pelajar yang berstatus ‘Peperiksaan’ pada Semester II, Sesi 2019/2020 akan diberikan penangguhan secara automatik berikutan kesulitan yang dihadapi akibat dari pandemic COVID 19.  Dengan penambahan satu semester ini, tarikh akhir bagi pelajar untuk menghantar tesis dan pembetulan tesis adalah pada hari kerja terakhir Semester 1 2020/2021.Walaubagaimanapun, pihak Sekolah Pengajian Siswazah tiada halangan sekiranya pelajar ingin menghantar tesis pada semester semasa setelah memenuhi semua syarat penghantaran tesis yang telah ditetapkan

I planned to submit my thesis in this semester, do I still need to defer my study?

PhD and Master by Research students who are in their final semester (16/16 and 8/8, respectively) in Semester II Session 2019/2020 will be granted this automatic deferment status due to the difficulties caused by the COVID 19 pandemic.  With the addition of this one semester, the deadline for students to submit their thesis and thesis correction will be the last working day of Semester 1 2020/2021.  However, the School of Graduate Studies has no objections if students wish to submit their thesis in the current semester after meeting all the thesis submission requirements.

 

11. Saya bercadang untuk tangguh semester ini disebabkan Covid 19, bolehkah saya berbuat demikian? Adakah penangguhan semester ini akan dikira?

Berdasarkan Peraturan Akademik UTM, anda dibenarkan menangguhkan pengajian Semester II ini tanpa dikira semester tersebut atas sebab bencana/masalah peribadi.  Saudara perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada fakulti melalui emel menggunakan borang Permohonan Penangguhan Pengajian yang boleh diperolehi di laman web AMD https://academicmanagement.utm.my/downloads/postgraduate-forms/ . Sila kemukakan permohonan rasmi kepada pihak Fakulti melalui email.

I plan to defer my semester because of Covid 19, can I do that? Do the deferred semester counted?

UTM Academic rules allow students to defer study because of a disaster/personal problem without counting the semester. Please apply formally / to the faculty by email using the Postponement of Application form which can be found on the AMD website https://academicmanagement.utm.my/downloads/postgraduate-forms.

  Please apply formally to the Faculty by email.

 

12. Sekiranya saya menangguhkan semester ini disebabkan Covid-19, adakah ia akan direkodkan di dalam transkrip saya nanti?

Tidak, semester ini tidak akan dikira dan tidak akan direkodkan di dalam transkrip.

If I defer this semester due to Covid-19, will it be recorded in my transcript?

No, this semester will not be counted and not recorded in your transcript.

 

13. Sepanjang tempoh penangguhan semester, status akan Tidak Aktif. Adakah saya masih boleh menerbitkan artikel jurnal?

Ya, penerbitan artikel jurnal masih boleh dilakukan sepanjang tempoh penangguhan semester dengan status pelajar Tidak Aktif.

During the period of deferment, my status will be Inactive . Can I still publish paper?

Yes, paper publication can still be made during the period of deferment with status Inactive.

 

14. Saya sedang dalam tempoh penangguhan pengajian bagi semester II 2019/2020. Adakah saya perlu menghantar permohonan penangguhan semula kerana Covid-19?

Tidak perlu

I am already in the period of deferment for semester II 2019/2020. Should I resubmit the application of deferment due to Covid-19?

No

 

E. Pelantikan/Pertukaran Penyelia @ Penyelia Bersama / Appointment/Change of Supervisor @ Co-Supervisor

15. Adakah saya masih boleh menghantar permohonan pelantikan/pertukaran Penyelia / Penyelia Bersama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Ya, borang pelantikan/pertukaran Penyelia / Penyelia Bersama boleh dimuat turun di https://sps.utm.my/wp-content/uploads/2019/04/APPLICATION-FOR-APPOINTMENT-OF-SUPERVISORS-APRIL-2019.pdf. Borang tersebut boleh ditandatangan secara digital ataupun lampirkan email sokongan daripada pegawai yang berautoriti seperti dinyatakan dalam borang. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar secara email kepada graduate@utm.my.

Can I still submit the application for Appointment/Change of Supervisor @ Co-Supervisor?

Yes, the form for Application of Appointment/Change of Supervisors @ Co-Supervisor can be downloaded at https://sps.utm.my/wp-content/uploads/2019/04/APPLICATION-FOR-APPOINTMENT-OF-SUPERVISORS-APRIL-2019.pdf.. The form can be filled with digital signature or supported email from authorized officer as stated in the form. Completed form can be send via email to graduate@utm.my.

 

 F. Penajaan/Scholarship

 16. Saya telah memohon NPF/IDF pada semester ini. Apakah status permohonan saya?

Permohonan yang diterima sehingga 8 Mac 2020 sedang diproses oleh pihak SPS dan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswazah yang akan ditetapkan. Keputusan akan dimaklumkan ke email rasmi UTM pelajar, MyUTM dan laman web/media sosial SPS.

I applied for NPF / IDF this semester. What is my application status?

Applications received until 8 March 2020 are being processed by the SPS and will be taken to the next Scholarship Committee Meeting. The results will be sent to students’ official UTM address, MyUTM and SPS website/social media.

 

17. Saya telah menerima pelantikan Graduate Assistantship (GA) dalam tempoh PKP. Adakah pelantikan akan dipanjangkan?

Tempoh lantikan selama 4 bulan akan disemak dan dimaklumkan semula selepas tarikh PKP berakhir.

I have been appointed for Graduate Assistantship (GA) scheme during MCO. Will the appointment period be extended?

The appointment period of 4 months will be reviewed and notified after MCO period.

 

18. Adakah elaun bulanan Zamalah/Ainuddin Wahid saya dibayar ketika tempoh PKP ini?

Ya, elaun bulanan penerima Zamalah/Ainuddin Wahid akan dibayar seperti biasa.

Is my monthly Zamalah/Ainuddin Wahid allowance paid during this MCO?

Yes, the monthly Zamalah/Ainuddin Wahid allowance of the recipients will be paid as usual.

 

 19. Saya merupakan penerima Zamalah/Ainuddin Wahid. Saya berhasrat untuk membuat penangguhan pengajian bagi semester ini berikutan kekangan untuk menjalankan penyelidikan dalam tempoh PKP. Adakah saya dibenarkan untuk membuat penangguhan?

Penangguhan pengajian bagi penerima Zamalah/Ainuddin Wahid adalah tidak digalakkan. Tetapi bagi pelajar yang benar-benar mempunyai kesulitan, penangguhan adalah dibenarkan. Yuran semester 20192020-2 yang telah dibayar akan dibawa ke semester hadapan. Namun disebabkan anda masih menerima elaun bulanan ketika tempoh penangguhan pengajian, anda tidak akan menerima peruntukan tambahan elaun bulanan selepas tempoh tajaan anda berakhir.

I am a Zamalah/Ainuddin Wahid recipient. I want to defer my studies for this current semester due to the research constraints during MCO period. Am I allowed to so?

The deferment of study for Zamalah/Ainuddin Wahid recipients is not recommended. But for students who are really facing research difficulties, the deferment is allowed. Your 20192020-2 semester fees that have been paid will be carried forward to the next semester. However, since you still receive your monthly allowance during the postponement period, you will not receive any additional monthly allowance after your sponsorship contract period ends.

G. Yuran Pelajaran dan Lain-lain Isu Kewangan / Student Fees and Others Financial Issues

20. Adakah UTM akan memberikan pengurangan/diskaun yuran memandangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Semester 2, 2019/2020 telah mula dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian berikutan pandemic Covid-19?

Tidak, disebabkan kadar yuran pengajian sekarang hanya menampung 10% daripada jumlah kos sebenar yang perlu ditanggung oleh Universiti.

Will UTM provide a reduction / discount for tuition fee as the learning and teaching activities (L&T) of Semester II 2019/2020 have started and are fully implemented online following the COVID-19 pandemic?

No, due to the fact that the current tuition fees only contribute 10% to the actual cost that the University has to bear.

 

21. Aktiviti PdP Semester II 2019/2020 telah mula dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian. Saya tidak dapat mengikuti kursus saya dengan baik dan keputusan bagi kursus berkaitan diberikan status kedudukan tidak selesai (TS). Saya diminta menyelesaikan dalam tempoh Semester III, 2019/2020 (semester pendek). Adakah yuran Semester III, 2019/2020 (semester pendek) akan dikenakan?

Terdapat tiga senario bagi pelajar yang diberikan markah dengan status kedudukan Tidak Selesai (TS) pada semester 2, 2019/2020.

Senario 1: Kursus tertentu yang memerlukan kehadiran secara fizikal seperti Makmal, Studio, Kerja Lapangan, Latihan Industri atau Projek Penyelidikan

Senario 2: Pelajar tidak berjaya menyelesaikan kursus tersebut dalam tempoh asal yang diberikan samada melibatkan satu atau lebih kursus, dan perlu melangkaui sehingga masa semester pendek sesi 2019/2020 untuk melengkapkan semester pengajian

Senario 3:  Pelajar yang masih tidak berjaya melengkapkan sesi pengajian dalam tempoh asal dan telah melangkaui masa semester pendek 2019/2020. Pelajar perlu menyelesaikan kursus tersebut di semester berikutnya.

Tiada yuran akan dikenakan bagi tiga senario di atas kerana tiada pendaftaran kursus di semester pendek atau semester berikutnya, perlu dibuat oleh pelajar bagi kursus yang berstatus Tidak Selesai (TS).

Contohnya:
a. Ali belajar 2 kursus yang telah diberikan markah Tidak Selesai (TS) di sem III, 2019/2020

  • Tiada yuran akan dikenakan ke atas Ali kerana tiada pendaftaran kursus dilakukan di semester III, 2019/2020 untuk 2 kursus tersebut.

b. Ahmad belajar 5 kursus di mana 2 kursus adalah berstatus Tidak Selesai (TS) dan 3 kursus adalah kursus baharu. Ahmad telah mendaftar 3 kursus baharu di Sem III, 2019/2020.

  • Yuran sem III akan dikenakan ke atas Ahmad bagi 3 kursus baharu yang didaftarkan. Tiada yuran bagi 2 kursus yang berstatus Tidak Selesai (TS) kerana tiada pendaftaran kursus perlu dilakukan.

The activities of L&T Semester II 2019/2020 have started and are fully implemented online. I was unable to attend my course very well and the result for the course was given Incomplete (TS) status. I have been asked to complete it during Semester III, 2019/2020 (short semester). Will Semester III, 2019/2020 (short semester) fees be charged?

 There are three scenarios for students to be awarded Incomplete (TS) status in the Semester II, 2019/2020.

Scenario 1: Certain courses that require physical presence such as Labs, Studios, Fieldwork, Industrial Training or Research Projects.

Scenario 2: Students are unable to complete the course within the given period of time, whether it involves one or more courses, and must extend up to the short semester of the 2019/2020 session to complete the study semester.

Scenario 3: Students who are still unable to complete their studies in the original period and have passed the short semester of 2019/2020. Students will need to complete the course next semester.

No short semester fees will be charged for the above three scenarios as there is no course registration in the short semester or the following semester, required from students for courses that were given Incomplete (TS) status.

For example:

a. Ali is registered in 2 courses that have been awarded Incomplete (TS) status in Sem. II, 2019/2020

  • No fees will be charged on Ali as no course registration is conducted in semester III, 2019/2020 for these two courses.

b. Ahmad is registered in 5 courses in which 2 courses were under Incomplete (TS) status and 3 were new courses. Ahmad has registered 3 new courses in Sem. III, 2019/2020.

  • Sem. III fees will be imposed on Ahmad for 3 new courses registered. There are no fees for 2 courses that were given Incomplete (TS) status because no course registration is required.

 

22. Jika saya ingin mendaftar satu atau lebih kursus di Semester III, 2019/2020 yang tidak melibatkan kursus yang diberikan markah Tidak Selesai (TS), adakah saya akan dikenakan yuran semester pendek?

Yuran semester pendek akan dikenakan bagi pelajar yang membuat pendaftaran kursus di semester tersebut sahaja.

If I wish to register one or more courses in Semester III, 2019/2020 that do not involve courses that are under Incomplete (TS) status, will I be charged a short semester fee?

Short semester fees will be charged to students who register for courses offered during that short semester (Semester III, 2019/2020) only.

 

23. Saya adalah pelajar berpenaja. Adakah penghantaran invois kepada penaja saya akan terjejas kerana PKP?

Unit Kewangan Sekolah Pengajian Siswazah akan memproses pengeluaran invois kepada penaja seperti biasa sebaik sahaja tempoh PKP tamat.

I am a sponsored student. Will invoicing to my sponsor be affected by the MCO?  

Student Financial Unit, School of Graduate Studies will process invoices to the sponsor as usual after the MCO period ends.

 

24. Saya telah membuat bayaran yuran sebelum/dalam tempoh PKP Fasa 1 (18 Mac hingga 31 Mac 2020) tetapi masih belum dikemaskini di akaun pelajar saya.

Seksyen Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari telah mula mengemaskini bayaran di akaun pelajar bermula tempoh PKP Fasa 2 (bermula 1 April 2020). Sekiranya akaun pelajar masih belum dikemaskini mohon emelkan ke bendahari-ukp@utm.my c.c norazizi@utm.my berserta slip bayaran untuk semakan mereka.

Tempoh kemaskini bayaran di akaun pelajar dalam tempoh PKP ialah 5 hari berkerja (tidak termasuk hari bayaran) bagi bayaran yang dibuat melalui portal MyUTM atau CIMBClick.

Kaedah bayaran lain adalah dalam masa 14 hari berkerja dari tarikh pelajar menghantar
maklumat bayaran ke bendahari-ukp@utm.my.

I made a payment before / during the MCO Phase 1 (March 18 to March 31, 2020) but it has not been updated in my student account.

 Student Financial Section, Office of the Bursar have started updating payments on student accounts starting 01 April 2020 (MCO Phase 2 period). If your student account has not been updated, please email to bendahari-ukp@utm.my c.c norazizi@utm.my  with payment slip for their further checking.

The payment update timeline during the MCO period is 5 working days (excluding the day of payment) for payments made through the MyUTM portal or CIMBClick.

Another payment method is within 14 working days from the date the student submitted the
payment information to bendahari-ukp@utm.my

 

25. Saya berhasrat untuk menangguhkan pengajian di semester ini kerana pandemik Covid-19. Adakah Universiti memberi pengurangan yuran jika saya berbuat demikian?

Jika  pelajar  menangguh  pengajian  atas  alasan  Covid-19,  Universiti  melalui  Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti bertarikh 08 April 2020, telah meluluskan pengurangan yuran sebanyak 50% yuran pelajaran. Tiada pengurangan bagi yuran perkhidmatan.

I would like to defer my studies this semester because of COVID-19 pandemic. Will the University give any reduction on tuition fees if I do so?

If students defer their studies on the grounds of Covid-19, the University through its University Management Committee Meeting dated April 08, 2020, has approved a 50% reduction in study fees. However, there is no reduction in service fees.

 

26. Saya memerlukan surat pelepasan hutang dari Jabatan Bendahari untuk tujuan penghantaran tesis / pelepasan surat senat. Memandangkan Jabatan Bendahari tutup, bagaimana saya hendak mendapatkan surat ini?

Pelajar boleh emel ke bendahari-ukp@utm.my / c.c lsuriayani@utm.my untuk memohon surat pelepasan hutang bagi tujuan di atas.

 I need a debt release letter from Office of the Bursar for the purpose of thesis submission / Senate letter. Since Office of the Bursar is closed, how do I get this letter?

Students may email the bendahari-ukp@utm.my / c.c lsuriayani@utm.my to apply for a debt release letter for the above purposes.