Makluman Pemanjangan Tempoh Penghantaran Dokumen Tawaran Pinjaman PTPTN
by azizio | Mar 22, 2020 | Events
Sebagaimana tuan/puan maklum, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19. Susulan pengumuman tersebut, PTPTN telah bersetuju supaya tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 6 Mac 2020 yang sepatutnya perlu dihantar selewat-lewatnya 19 Mac 2020 dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Sekian untuk makluman.
